Friday 8 January 2016

Berbekam Rawatan Terbaik



Rawatan Bekam Sunnah  "Mencegah Dan Merawat Penyakit Dengan Berbekam"
APA ITU BEKAM ?
  



 Bekam Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.
Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.
Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.
KEUTAMAAN BERBEKAM.
Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :
“Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.”( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas).
Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :
Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :
“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!’” (Sohihul Jami’ : 5671)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam!”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).
Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan.
HADIS-HADIS BERKAITAN BEKAM
Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.
Silalah memperhalusi hadis-hadis berikut bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :
1.      Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam, dan ‘kay’ dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’” (Sahih al Bukhari, At Thibb, Juz 1, halaman 5680)
2.      Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a ia berkata : Saya pernah mendengar nabi bersabda :
“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api (kay) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak sukat berubat dengan ‘kay’”(Sahih al Bukhari)
MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
Sabda Rasulullah SAW…
“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)
KEBAIKAN BERBEKAM
* Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
* Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
* Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur..
___________________________________________________________

PERKHIDMATAN BEKAM
Kami menyediakan perkhidmatan BEKAM dan bersedia untuk memberi perkhidmatan ke rumah anda yang berada di dalam kawasan liputan perkhidmatan kami, iaitu SHAH ALAM, KLANG, DAMANSARA, PJ.
Luar kawasan liputan tambah RM30
KHIDMAT BEKAM KE RUMAH
Anda perlulah menghubungi saya ditalian 010-7885234 dan beritahu saya alamat, masa dan tarikh yang anda inginkan.
PAKEJ RAWATAN BEKAM
* Bekam Badan ( RM 50 ) --> 10 cup
* Bekam Badan & Kaki ( RM 100 ) --> 20 cup
* Bekam Badan & Kepala ( RM 100 ) --> 20 cup
* Bekam Badan & Muka ( RM 100 ) --> 20 cup
Cas Pengangkutan Percuma!!
Luar kawasan liputan tambah RM30
SYARAT UNTUK BERBEKAM
* Tidak Boleh Makan 3 JAM SEBELUM Berbekam
* Tidak Boleh Makan 1 JAM SELEPAS Berbekam
* Di Galakkan Mandi Dengan AIR PANAS SELEPAS Berbekam
* Di Galakkan Minum Air Bergula atau MADU SELEPAS Berbekam
FAEDAH BERBEKAM
* Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit di sebabkan terlalu banyak mengambil ubat
* Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
* Memulihkan sistem badan agar berfungsi dengan lebih baik
* Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat
* Menguatkan & menambah daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
* Membuang angin di dalam badan
* Membuang darah kotor di dalam badan
* Melancarkan pengaliran darah ke seluruh sistem tubuh
KAEDAH BEKAM
* Kaedah rawatan akan dilakukan di titik-titik penting di kawasan sendi utama badan dan juga pembuluh darah.
* Melalui proses ini sel darah merah yang mati dan toksid serta angin dapat di keluarkan dari dalam badan.
* Selepas berbekam darah kotor akan keluar agak bertali & tempat dibekam akan kelihatan berwana kehitaman
* Kekerapan berbekam di galakkan sebulan sekali untuk memastikan darah kotor (toksin) serta angin dalam badan anda sentiasa di buang melalui kaedah bekam ini.
PUNCA TERJADINYA PENYAKIT
* Penyakit berpunca dari darah dalam badan yang tidak berfungsi lagi untuk tubuh yang akhirnya menjadi keracunan (toksin) yang menghalang kecergasan badan.
* Jika dibiarkan toksin (kekotoran @ keracunan) tadi, lama kelamaan sistem ketahanan badan akan menjadi lemah.
* Maka terjadilah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, sakit bahu, sakit otot-otot dan sebagainya
HARI YANG DIGALAKKAN BERBEKAM
Hari yang sangat baik untuk berbekam ialah ISNIN, SELASA dan KHAMIS. Sementara hari yang sangat tidak digalakkan untuk berbekam ialah pada hari RABU dan malam Rabu.
Sementara tarikh yang terbaik untuk berbekam di dalam sebulan ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan pada bulan Islam.
Pada tarikh-tarikh ini, darah kotor akan keluar di dalam kuantiti yang lebih banyak.

 KEKERAPAN BERBEKAM
Bagi orang yang sihat tubuh badan, disyorkan berbekam sekali sebulan, pada pertengahan bulan Islam iaitu pada 17, 19, dan 21 haribulan secara istiqamah jika boleh.
Tujuan berbekam untuk orang sihat ialah untuk mengekalkan kesihatan sedia ada, dan juga untuk mencegah kemungkinan-kemungkinan penyakit yang belum dapat dikesan.
Bagi yang berpenyakit, dan mahu merawat penyakit tersebut melalui kaedah bekam, disyorkan berbekam seminggu sekali, sebanyak tiga kali berturut-turut di peringkat awal. Kemudian, setelah sembuh, bolehlah berbekam sebulan sekali sebagaimana orang sihat.

PERKHIDMATAN LAIN:

1. Urutan Guasa
2. Rawatan Terkena Sihir
3. Tawar Terkena Air Panas
4. Tarik Angin
5. Tawar Terkena Sawan
6. Perlindungan Rumah/Harta Benda. 
SMS/Whatsapp/PM tel. 0107885234 jika perlukan perkhidmatan BEKAM.

Friday 13 April 2012

RAWATAN CARA ISLAM/ALTERNATIF.

Rawatan ini menggunakan kaedah " Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab" yang paling kerap digunakan selama ini untuk merawat penyakit yang luar.biasa kejadiannya. Sebenarnya, tugas saya hanyalah untuk menyampaikan, namun segala ketentuan/penyembuhan datangnya dari Maha Pencipta. Insyallah yakin, ikhtiar dan usaha niat baik Allah akan tunaikan dan mendapat yang terbaik .

RAWATAN YAN DISEDIAKAN.

-      Kanser Payudara (Peringkat awal)
-      Terkena Sihir
-      Tarik Angin Manual/Guasa
-      Sawan
-      Terkena Air Panas
-      Ketagihan
-      Gangguan Makhluk Halus

PERKHIDMATAN TAMBAHAN DISEDIAKAN.

-      Petua Masuk Rumah/Premis Baru
-      Melindungi Rumah Supaya Selamat Dari Segala Bahaya
-      Bersih Rumah Dari Sihir/Makhluk Jahat


Jika ada yang memerlukan khidmat/bantuan, saya sedia memberikan bantuan. Sila hubungi saya, Zainuddin Y Hassan di talian:  No. 60107885234 atau email : zuhan.pj@gmail.com.






Thursday 22 March 2012

Tertib Masuk Rumah Baru dan Melindungi Keselamatan Rumah

  Tertib Masuk Rumah.

Tertib masuk rumah baru kini semakin dilupai oleh masyarakat terutamanya orang Melayu. Mungkin terlupa atau tidak disedari akan pentingnya masuk rumah baru perlu mendapat keredaan dari yang Maha Pencipta supaya penghuni dapat menikmati yang selesa dan dalam keredaan Allah. Tujuan mengamalkan tertib yang diamalkan secara Islam tidak lain dan tidak bukan adalah untuk:-


i.     Memohon dengan Allah akan kebaikan rumah itu dan kebaikan di dalamnya,
ii.    Memohon perlindungan dengan Allah dari kejahatan rumah dan kejahatan didalamnya.

Caranya:

i.   Tepuk kedua-dua belah pintu rumah
ii.   Baca doa 1 atau 3 kali
iii.  Tiup ke dalam rumah
iv.   Bagi salam suara kuat sedikit


Sesiap yang memerlukan khidmat, hubungi saya, Zainuddin Hassan di talian:
Tel: 60107885234
Email: zuhan.pj@gmail.com atau zuhan_pj@yahoo.com

Melindungi Keselamatan Rumah Kediaman.

Kini ancaman kepada keselamatan kediaman serta hartabenda semakin menjadi serius dan menakutkan. Berbagai cara dan kaedah digunakan termasuk memasang gril tetapi masih boleh dicerobohi. Bagaimanapun, usaha dan " Ikhtiar Melindungi Keselamatan Rumah / Premis Menggunakan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab" yang dibenarkan oleh Syarak, harus menjadi pilihan terbaik. Kaedah ini diyakini boleh membantu untuk menjaga keselamatan rumah dan hartabenda anda dengan izin Allah jua.

Caranya:
i.  Berwudu
ii. Baca doa 5 kali hakikat satu keliling rumah
iii.Kelilingkan rumah baca doa setiap penjuru rumh 3 kali hingga 4 penjuru rumah
iv.Solat sunat 2 rakat pada waktu malam minta niat dikabulkan seperti dipohonkan.

Dengan yakin Insyallah Allah akan kabulkan niat. 


Sekiranya ada diantara anda yang memerlukan pertolongan dan khidmat, sila hubungi saya, Zainuddin Y. Hassan,di talian No. 010-7885234 atau di e-mail:zuhan.pj@gmail.com

Friday 25 November 2011

Little Secret Of Mine Quitting Smoking



I have been a hardcore smoker for about 24 years. I did smoke almost all cigarette brands.All my friends and a few doctors at hospital and private clinic advised me to stop smoking for health reason. I neglected all these advices because I thought smoking can never harm my health. God's willing one evening some so scary thing happened to me. This incident and with the advised of doctor influenced me to make choice whether to live longer or to die soon.I decided to quit smoking without spending even a single cent. You want to know that little secret?                                                                                                                                                   

Saturday 12 November 2011

Rahsia Saya Berhenti Merokok

Diri saya merupakan perokok tegar dan dalam poket senantiasa ada 2 kotak rokok berlainan janama. Saya nak kongsikan rahsia peribadi bagaimana saya boleh berhenti merokok dengan berkesan tanpa mengeluarkan belanja satu sen pun kepada mereka yang berminat dan berniat berhenti merokok. Saya telah merokok selama 23 tahun dan saya tak boleh congkak berapa banyak wang saya belanjakan membeli rokok. Saya tak dapat congkan berapa tebal nikotin yang telah masuk ke dalam tubuh badan saya. Kini sudah 15 tahun saya berhenti merokok dan tidak pernah terniat untuk merokok lagi.

Merokok sebenarnya mempercepatkan proses kematian berbanding dengan orang yang tidak merokok. Ini kerana setiap kali menghabiskan sebatang rokok akan membawa masuk 4,000 jenis racun ke dalam tubuh badan. Kerana takut penyakit pembunuh senyap yang boleh membawa kepada kematian, saya telah nekad berhenti merokok dan saya berjaya sehingga ke hari ini tanpa ada kecenderungan merokok semula.

Saya amat merasa lega kerana berjaya meninggalkan tabiat merokok secara percuma. Ingin tahun apakah rahsia itu? 


Sesiapa yang perlukan kaedah berkesan berhenti merokok hubungi saya di talian 60107885234 atau email: zuhan.pj@gmail.com atau zuhan_pj@yahoo.com